Majoriti anggota UNHRC lulus ketetapan kutuk pihak peralat media BaratGENEVA: Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) meluluskan satu ketetapan mengutuk tindakan segelintir pihak memperalatkan media bagi menghina Islam. Ketetapan itu disokong 21 daripada 47 negara anggota manakala 14 negara berkecuali dan 10 lain membantah.
Agensi PBB itu dikuasai negara Arab dan Muslim yang memberi sokongan penuh di atas ketetapan itu manakala negara lain seperti Eropah dan Kanada, membantahnya. "Majlis ini mengecam penggunaan media yang dijadikan alat mencetuskan keganasan, rasa takut dan benci serta kekejaman lain ke atas Islam," kata kenyataan itu. Dokumen berkenaan dikemukakan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) yang bimbang terhadap sebarang tindakan mengaitkan Islam dengan keganasan, kekejaman dan pencabulan hak asasi manusia.
Ketetapan itu menggesa anggota Majlis berkenaan supaya menerima pakai undang-undang yang melindungi hak keagamaan bagi menentang sebarang penghinaan. "Kami juga menggesa negara anggota mengambil tindakan sewajarnya bagi mengelak penularan persepsi negatif atau penyebaran bahan yang boleh mencetuskan jenayah benci.
Satu kajian Britain baru-baru ini pula menuduh industri media dan perfileman membangkitkan sentimen Islamophobia dan prejudis dengan memburuk-burukkan Muslim dan warga Arab sebagai kejam, bahaya dan satu ancaman kepada orang lain. Pelbagai pihak termasuk ahli akademik terkenal Amerika Syarikat, Stephen Schwartz juga mengutuk media barat kerana gagal menepati laporan ke atas Islam yang adil selepas kejadian 11 September 2001.
Presiden pergerakan Yahudi terbesar Amerika, Eric Yoffie juga menuduh media dan ahli politik Amerika sengaja memaparkan Muslim sebagai kejam. Pendirian UNHRC dibuat di tengah-tengah kontroversi penyiaran filem pendek Belanda bertajuk Fitna yang menghina kitab suci al-Quran.
Awal bulan ini, rangkaian televisyen swasta dan awam Belanda memutuskan enggan memaparkan filem hasil arahan ahli perundangan negara itu, Geert Wilders, yang terpaksa menggunakan internet sebagai media memaparkan filemnya itu, kelmarin.
Wakil Kesatuan Eropah di UNHRC yang juga duta Slovenia, Andrej Logar berkata ketetapan itu bertujuan membangkitkan kesan buruk kempen jahat yang menghina agama dan etnik penduduk minoriti Muslim, khususnya selepas kejadian 9/11.
Produk Dumex dan Nutricia telah digugurkan dari senarai di atas kerana pihak pengurusan NUMICO DUMEX (MALAYSIA) SDN BHD telah menghubungi pengurusan tertinggi PPIM dan mengesahkan syarikat mereka telah diambil alih oleh Danone Group sejak akhir 2007 dan menggunakan nama Danone Dumex yang berasal dari Perancis.-admin PPIM-
Tambahan:
1. Restoran Windmill 2. Barangan keluaran syarikat yang mempnyai nama 'N.V.' dan ;B.V.' 3. Barangan penajaan Christian Albers 4. Produk2 tenusu spt mentega dan keju - sila rujuk syarikat dengan no. 2
How a child prodigy at Oxford became a £130-an-hour prostitute
With the intellect to win a place at Oxford at the age of 13, Sufiah Yusof should, by now, be carving out a high-flying career for herself.
But a decade after hitting the headlines thanks to her remarkable aptitude for mathematics - and days after her father was jailed for sexually assaulting two teenagers - Miss Yusof has been exposed as a £130-an-hour prostitute.
The revelation completes a sad fall from grace for the family who were hailed the brightest in Britain after Miss Yusof and two of her siblings won university places by the time they were 16.
Calling herself Shilpa Lee, 23-year-old Miss Yusof advertises her body on an internet sex site and operates out of a back street flat in Salford. Yesterday, a friend of the former child prodigy said of her downfall: "It is all desperately heartbreaking.
"With her amazing brain she should be able to make money any way she wants. But instead her life spiralled completely out of control.
"Sufiah has suffered so many knocks in her life. I just hope she can drag herself out of this life she has got herself into.
"She is such a good person and deserves a much better life than this. Her gift really has been a curse."
On the website, she describes herself as a '"very pretty size 8, 32D bust and 5ft 5in tall - available for booking every day from 11am to 8pm".
She adds that she is a "sexy, smart student" who prefers "older gentlemen". When an undercover reporter visited her at the flat, Miss Yusof stripped naked and gyrated on a bed as she reeled off her list of services.
Miss Yusof was pictured as a child smiling innocently outside St Hilda's College, Oxford, after winning her place to study maths in 1997. But she ran away three years later, aged 15, claiming her parents had placed her under intolerable pressure to succeed.
She was found by police 12 days later working as a waitress at a Bournemouth internet cafe but refused to return to her parents, who had given up their jobs to educate their five children at home.
Miss Yusof was taken in by a foster family and shortly afterwards sent a searing email to her parents, documenting the "living hell" she said her father - a private tutor - had created.
She wrote: "I've finally had enough of 15 years of physical and emotional abuse."
She accused her "controlling and bullying" father of forcing her to work in the cold to aid concentration and added that she never wanted to see him again.
In 2004, she married trainee lawyer Jonathan Marshall, but the couple divorced 13 months later.
In January, the Daily Mail revealed that her father Farooq had been remanded in custody after admitting sexually assaulting two girls, both aged 15.
Appearing under his real surname of Khan, he was jailed for 18 months at Coventry Crown Court last week after a judge heard how he had groped the two girls when he was home tutoring them at maths.
He had previously been jailed for three years in 1992 for his part in a £1.5million mortgage swindle involving several family members.
Yesterday the News of the World described how Miss Yusof was armed with three mobile phones as she welcomed an undercover reporter who was posing as a client at her flat.
The once strict Muslim stripped out of her tiny skirt, leather boots, tight T- shirt and red matching underwear as she detailed her £130-an-hour rate.
She claimed to be studying for a masters degree in economics on a part-time two-year course in London and added: "I've got exams coming up and I'm thinking, 'Oh my God!'."
Yesterday, her mother, Halimahton, 51, a scientist, said she had no idea her daughter was working as a prostitute.
Speaking from her home in Coventry, Mrs Yusof said: "I didn't know anything about that. I am not in touch with Sufiah any more. I have got no comment."
Miss Yusof's brother, Iskander, aged 12, and sister Aisha, 16, started at Warwick University in 1998, making them the youngest brother and sister to study together at university at the time. ____________________________________________________________________
Gadis pintar matematik ini pernah menjadi tajuk utama berita media tempatan sedekad lalu tetapi kini Sufiah Yusof patah hati dan menjual tubuhnya demi menyara hidup.
Pada usia 12 tahun, Sufiah yang beribukan wanita kelahiran Johor menjadi isu di Malaysia apabila cuba mendapat biasiswa untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Oxford.
Menteri pendidikan waktu itu Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan akan memastikan kewarganegaraan Sufiah dahulu sebelum memberikan biasiswa kerajaan Malaysia.
Disember 1997, gadis pintar warga keluarga Britain ini berada di Oxford selama lima hari untuk temuduga memasuki Kolej St. Hilda's, Oxford.
Kali terakhir minat masyarakat Malaysia terhadap Sufiah muncul apabila gadis manis ini, waktu itu usianya 15 tahun, hilang dari Universiti Oxford, tempat dia menjadi pelajar matematik tahun tiga, pada 2000.
Sufiah hilang selepas selesai mengambil peperiksaan akhirnya pada 21 Jun di Kolej St Hilda.
Anak ketiga pasangan Farooq dan Halimaton - kedua-duanya memakai nama keluarga Yusof - dua minggu kemudian ditemui di sebuah kafe siber dan enggan kembali ke rumah ibu bapanya.
Akhbar News of the World hari ini mendedahkan nasib Sufiah, 23, yang melacurkan diri melalui internet selepas siri-siri kekecewaan hidup yang bertubi-tubi menimpanya, termasuk gagal dalam perkahwinan sewaktu berusia 20 tahun.
Laman web akhbar itu melaporkan, seorang wartawan penyiasatnya berjaya ke pangsapuri wanita manis ini di Salford, Manchester dengan berpura-pura melanggannya dengan bayaran 130 pound (RM829) sejam.
Rencana bertajuk 'Genius on the Game' memuatkan beberapa foto wanita muda itu tanpa berpakaian yang dirakam oleh wartawan tersebut.
Sufiah, yang berwajah ceria, tidak menunjukkan kesedihan mendengar berita bapanya yang dihukum penjara 18 bulan sehari sebelum pertemuan dengan wakil media tersebut.
Farooq, 50, didapati bersalah mencabul dua pelajar perempuan, kedua-duanya 15 tahun, sewaktu mengajar matematik di rumah mereka.
Sufiah menyalahkan bapanya, yang dulunya digambarkan di Malaysia sebagai guru pintar yang mendidik anak-anaknya pintar, yang menderanya secara emosi dan fizikal untuk melayakkannya ke Oxford - begitulah mesej e-mel yang dikirim kepada kakaknya sebagai menjawab kenapa beliau tidak mahu pulang ke rumah mereka.
Menurut News of the World, Farooq juga pernah terlibat dengan dua lagi jenayah - dipenjara pada 1992 selepas memainkan peranan dalam penyelewengan pajakan 1.5 juta pound dan sewaktu 19 tahun dihantar ke sekolah pemulihan selepas terlibat dalam konspirasi 100,000 pound.
Untuk membayar sewa bilik di pangsapuri "buruk dan menyedihkan" itu, Sufiah memperkenalkan dirinya sebagai Shilpa Lee - di sebuah laman web khidmat seks - yang bersedia melayan setiap hari antara 11 pagi hingga 8 malam.
Sufiah gagal menghabiskan pendidikannya di peringkat sarjana di Oxford selepas bertemu Jonathan Marshall.
Perkahwinan mereka, yang tidak dihadiri anggota keluarganya walau mereka diundang, pada 2004 berakhir 13 bulan kemudian.
Shah Alam, 24 Mac - Ahli-ahli Exco Negeri Selangor diumumkan sebentar tadi oleh pejabat Menteri Besar. Dari 10 kerusi exco, KeADILan diperuntukkan 4, DAP 3 dan PAS 3. Berikutan adalah senarai penuh:
1
. YAB Tan Sri Dato’ Abdul Khalid bin Ibrahim
Dato’ Menteri Besar
Pembangunan Tanah, Kewangan, Majlis Tindakan Ekonomi Negeri , Belia & Sukan
YAB Tan Sri Dato’ Abdul Khalid bin Ibrahim lahir pada tahun 1946 di Jeram, Selangor dan memperoleh ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) Ekonomi dari Universiti Malaya dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Queensland, Australia pada 1975. YAB Tan Sri pernah memegang pelbagai jawatan pengurusan di Permodalan Nasional Berhad termasuk Ketua Eksekutif Kumpulan dan sehingga 2003 merupakan Ketua Eksekutif Kumpulan Guthrie Berhad. Beliau juga merupakan Pengerusi Highlands and Lowlands dan Guthrie Ropel. Antara tanggungjawab yang disandang oleh YAB Tan Sri termasuklah anggota Jawatankuasa Eksekutif Unit Investment Fund dan ahli Financial Engineering Advisory Forum Bank Pembangunan Islam, Jeddah disamping anggota gantian Majlis Penasihat Perniagaan APEC (ABAC). Beliau juga berada di dalam lembaga Pusat Produktiviti Kebangsaan dan Lembaga Amanah Institut Kajiselidik Ekonomi Malaysia. Di dalam Parti Keadilan Rakyat, YAB Tan Sri memegang jawatan Setiausaha Agung. YAB Tan Sri Dato’ Khalid telahpun berkahwin dan mempunyai empat orang cahaya mata.
2. YB Teresa Kok Suh Sim
Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan
YB Teresa Kok, 43 tahun turut memegang jawatan Ahli Parlimen Seputeh sejak 1999. Beliau memperoleh Sarjana Muda Komunikasi dari Universiti Sains Malaysia, Sarjana Muda Sains Politik serta Sarjana Falsafah dari Universiti Malaya. Beliau merupakan Setiausaha Kaukus Myanmar Antara Parlimen ASEAN dan aktif di dalam kegiatan hak asasi manusia. Beliau turut menganggotai Jawatankuasa Terpilih Semakan Kod Penal dan Prosedur Jenayah di Parlimen. Pada masa yang sama beliau memegang jawatan Setiausaha Publisiti DAP dan Setiausaha Nasional Wanita DAP.
3. YB Dato’ Dr. Hassan bin Mohamed Ali
Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam
YB Dato’ Dr. Hassan Ali lahir pada 1947 di Selangor. Beliau mendapat Sarjana Muda Sastera Kepujian dari Universiti Malaya, Sarjana Sains Perancangan Bandar dari University of Pittsburgh, Amerika Syarikat dan Doktor Falsafah dari University of Wisconsin, Amerika Syarikat. Beliau merupakan Pengarah Eksekutif Sabha Group Sdn. Bhd. Dan Akademi Keluarga Bahagia. Kini beliau merupakan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor dan merupakan Ahli Parlimen Parit Buntar dan Ahli Dewan Undangan Negeri Sg. Burong pada penggal 1999-2004. Beliau sudah berkahwin dan mempunyai 8 orang anak.
4. YB Yaakob bin Sapari
Permodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan
YB Yaakob bin Sapari berusia 47 tahun, tinggal di Seri Kembangan, Selangor. Lulusan Sarjana Muda Sains di dalam Perniagaan Tani dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan Universiti Putra Malaysia, serta Diploma Pengajian Islam dan Siswazah Syariah dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau kini merupakan Yang Dipertua PIBG Sekolah Menengah Agama Hulu Langat. Di dalam Keadilan beliau merupakan Timbalan Pengerusi Selangor dan Ketua Bahagian Puchong. Beliau sudah berkahwin dan dianugerahkan 8 orang cahaya mata.
5. YB Rodziah binti Ismail
Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi
YB Rodziah binti Ismail, 43 tahun, tinggal di Shah Alam, Selangor bersama suami dan tiga orang anaknya. Beliau memperoleh Sarjana Muda Sains Kejuruteraan Awam dari Universiti Teknologi Malaysia, Higher National Certificate in Childhood Education and Development dari Scotland dan Diploma Pendidikan Islam, Al Quran dan As Sunnah. Aktif di dalam masyarakat termasuk Persatuan Pengasih Berdaftar Malaysia, Persatuan Taska Selangor, Jawatankuasa Pencegahan Juvana dan Jemaah Islah Malaysia. Beliau memegang jawatan Timbalan Ketua Wanita Keadilan Pusat.
6. YB Dr. Xavier Jayakumar a/l Arulanand
Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin
YB Dr. Xavier Jayakumar, 55 tahun, tinggal di Klang, Selangor bersama isteri dan tiga orang anaknya. Beliau memperoleh Sarjana Muda Pembedahan Pergigian. Beliau merupakan Setiausaha Persatuan Doktor-Doktor Pergigian Malaysia dan Presiden Kelab Rotari Klang. Di samping itu beliau aktif di dalam Persatuan Hemodialisis Klang dan Education Welfare Reach Foundation. Kini beliau memegang jawatan Timbalan Setiausaha Agung Keadilan serta Ketua Bahagian Kota Raja.
7. YB Dr. Halimah binti Ali
Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan
YB Dr. Halimah Ali, 47 tahun , tinggal di Klang, Selangor bersama suami dan 6 orang anak. Beliau memperoleh Ijazah Perubatan dari Universiti Tasmania, Australia dan berkhidmat sebagai doktor di Hospital Klang. Beliau merupakan Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia. Kini beliau memegang jawatan Timbalan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat.
8. YB Iskandar bin Abdul Samad
Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan
YB Iskandar Abdul Samad, 47 tahun, berasal dari Petaling Jaya, Selangor. Beliau merupakan lulusan Ijazah Arkitek dari Humberside, United Kingdom dan pernah menjadi Pensyarah Senibina di Universiti Teknologi MARA. Kini beliau merupakan Timbalan Persuruhjaya 3 PAS Negeri Selangor dan Yang Dipertua PAS Kawasan Pandan.
9 . YB Ronnie Liu Tian Khiew
Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan
YB Ronnie Liu, 50 tahun, tinggal di Petaling Jaya, Selangor. Beliau memperoleh Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia dan kemudian berkecimpung di dalam bidang pengiklanan. Beliau aktif di dalam Jawatankuasa Bertindak Menara Transmisi Rawang, Jawatankuasa Bertindak Menentang Insinerator Broga, Kempen Anti Penswastaan Air dan Kempen Anti Penswastaan Hospital Awam. Beliau kini merupakan Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP.
10. YB Wong Keat Ping @ Elizabeth Wong
Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar
YB Elizabeth Wong berusia 38 tahun, tinggal di Petaling Jaya, Selangor. Lulusan Sarjana Muda Sastera University of Sidney dan aktif di dalam NGO seperti Suara Rakyat Malaysia, Persatuan Kebangsaan Hak Asasi Manusia dan SOS Selangor. Beliau kini merupakan Ketua Penerangan Wanita Keadilan dan Ketua Penerangan Keadilan Bahagian Petaling Jaya Utara.
11. YB Eam Yong Hian Wah
Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram
YB Ean Yong Hian Wah, 29 tahun, lahir di Kajang, Selangor. Beliau memperoleh Sarjana Muda Pengajian Perniagaan dari Universiti Bradford, United Kingdom. Penglibatan kemasyarakatan beliau termasuklah sebagai Pengerusi Persatuan Alumni Kolej New Era, Ahli Lembaga Pengelola Kolej New Era dan Gabungan Persatuan-Persatuan Bekas Penuntut Sekolah Cina Wilayah Persekutuan dan Selangor. Beliau kini merupakan Pengerusi DAP Selangor dan Ahli Jawatankuasa Pemuda Sosialis DAP.
Menjadi berita besar di Britian dan menggemparkan semua orang apabila paderi besar England baru-baru ini menganjurkan supaya kerajaan Britain melaksanakan undang-undang syariah untuk mengadili umat Islam, agama kedua terbesar di negara itu.
Cadangan yang cukup baik dari seorang paderi kanan England itu adalah permulaan kepada pemikiran baru yang dicetuskan oleh orang Barat sendiri dan paderi pula.
Paderi yang berfikiran terbuka dan Kristian itu sendiri adalah agama yang paling hampir dengan Islam. Ia juga asalnya agama dari langit; agama yang pada mulanya mengakui selepas Nabi Isa a.s. akan muncul nabi akhir zaman yang namanya Ahmad atau Muhammad.
Cetusan pemikiran paderi itu adalah kontradik dengan prejudis masyarakat Barat yang dibelenggu oleh sikap buruk Presiden Bush yang melabelkan Islam sebagai agama dan anasir keganasan.
Berat bagi masyarakat Barat untuk menerimanya. Ia ditentang oleh kerajaan Britain dan oleh kebanyakan rakyat. Ia tidak memeranjatkan kerana prejudis mereka terhadap Islam telah berakar lama dan apa lagi masyarakat Barat dan Kristian itu sendiri banyak dipengaruhi Yahudi.
Yahudi yang membelenggu Bush berfikiran anti-Islam dan memaksanya berperang di Iraq dan Afghanistan kalau boleh untuk selama-lamanya. Yahudi amat tidak senang dengan cadangan paderi itu.
Tetapi malangnya para pemimpin negara Islam membisu terhadap suara paderi itu. Hanya sebahagian penganut Islam di Britain mengalu-alukan cadangan itu. Tidak banyak ulasan atas cadangan itu.
Negara Islam dan umat Islam hanya bangun kalau agama Islam dihina tetapi diam saja apabila ada pandangan yang mahu mendaulatkan Islam. Di Malaysia sendiri yang sedang merayakan sedikit prestasi Islam Hadhari tidak memberikan sebarang reaksi.
Media Malaysia tidak pengupas perkara itu.
Dipercayai pandangan paderi itu boleh meransang kepada perkembangan yang baik untuk Islam. Apa jua yang dikira dapat mendaulatkan Islam tidak menarik masyarakat Islam sekular.
Kerajaan Malaysia yang mengaku memajukan Islam seperti yang ditonjolkan oleh Islam Hadhari lebih suka melihat kemajuan orang Islam sesuai dengan cara hidup dan pemikiran sekular. Apabila ia bertembung dengan unsur syariah, maka ia mendiamkan diri kalau pun tidak menentang.
Dalam isu suara paderi England itu, jelas paderi itu lebih berfikiran Islam dari pengembang Islam Hadhari. Pandangan paderi itu lebih dekat kepada Islam daripada pendirian dan sikap ketua-ketua negara Islam.
Paderi itu tertekan atas reaksi masyarakat Barat, tetapi masyarakat dan pembesar Islam pula tidak memberikan galakan kepadanya. Suatu yang amat malang bagi masyarakat Islam dan ini menjadi paderi itu juga malang.
Paderi itu tentu telah melihat kemahuan masyarakat akar umbi Islam yang mahu kepada peradaban Islam yang sebenar bagi menyelesaikan masalah mereka. Mereka sedang berusaha keras untuk mencapai hidup sebagai orang Islam sebenar.
Tetapi masalah umat Islam dan penduduk Britain itu sendiri tidak dapat diselesaikan kerana halangan undang-undang. Kalau umat Islam di negara Islam tidak dapat menyelesaikan masalah mereka disebabkan negara masing-masing tidak mengikut kemahuan Islam, maka tentulah tidak mudah bagi Britian sebagai negara bukan Islam untuk beramal secara Islam.
Paderi itu dipercayai tahu bahawa bukan masanya bagi Britian untuk melaksanakan syariah. Tetapi kerana masyarakat itu adalah penganut demokrasi dan percaya kepada kebebasan agama, maka penyelesaian kepada masalah di Britain ialah dengan membenarkan umat Islam mengamalkan hukum dan muamalat mengikut Islam.
Dia pun tahu bahawa cadangan itu bukan mudah diterima, tetapi ia perlu menjadi bahan perbahasan dalam masyarakat. Perkembangan ilmu dan segala macam teknologi di Britain adalah tempat yang baik untuk membahaskan isu itu secara akadamik.
Sama ada paderi itu sendiri berminat kepada pemikiran Islam, tidak dipastikan, tetapi ia dilihat lebih positif dari pemikiran Islam Hadhari. Mana tahu cetusannya itu dapat mendekatkannya lagi dengan Islam.
Ia patut disambut baik oleh umat Islam, kerana pandangan yang dekat kepada Islam oleh paderi sepertinya boleh mendekatkan kepada hidayah.
Setakat ini, disebabkan oleh tekanan yang diterimanya, dia cuba menenangkan suasana dengan menyatakan apa yang dimaksudnya ialah supaya ada kemudahan bagi masyarakat Islam melangsungkan beberapa kegiatan Islam seperti kahwin mengikut cara Islam dan tidak perlu mesti mendaftar lagi seperti yang ada sekarang.
Jika pandangan paderi itu diberikan reaksi yang setimpal, ia mudah membuka medan baru kepada pemikiran Islam di Barat.-a
Out-of-sorts leaders humbled by bottom club - Energie Cottbus
Franck Ribery missed a penalty as uninspired Bayern slumped to their second league defeat of term in a dismal display against struggling Cottbus.
A 22,746 full house at the Stadium of Friendship saw arguably the worst half of football the Bavarians have produced all season, neatly summed up by Franck Ribery’s 28th-minute penalty miss.
By contrast it was a very good 45 minutes for the relegation candidates, belying their lowly league position with a neat passing game and deservedly leading 2-0 at half-time courtesy of a well-taken Branko Jelic brace.
Ottmar Hitzfeld made a slew of substitutions in an effort to wake his men from their soporific state, but the league leaders lacked the spark to counter Energie’s clever mix of robust defending and skilled counter-attacking, as a thoroughly off day for Munich ended in an ultimately deserved defeat.
PRU12 baru sahaja berakhir kira-kira dalam seminggu. Kepada semua yang mengundi tahniah kerana anda telah menunaikan kewajipan anda didalam memilih pemimpin. Seperti mana yang anda tahu, Malaysia merupakan sebuah negara yang menjalankan demokrasi. Adakah anda semua tahu apa yang dimaksudkan tentang demokrasi ini?? Sama-samalah kita renungkan apa yang dimaksudkan dengan demokrasi ini.
Demokrasi adalah salah sebuah sistem yang datangnya dari keunggulan Islam. Namun sayang,ada beberapa insan berteriak mengatakan Demokrasi adalah sistem kufur dan batil yang bukan datangnya dari Islam.Saya mengakui bahawa istilah Demokrasi itu memang tidak ada dalam pebendaharaan kata Islamik,namun isinya sudah lama berada dan digunapakai dalam Islam.Perkataan Demokrasi ini lahir daripada perkataan Yunani yang membawa diperintah oleh rakyat. Maksud diperintah oleh rakyat disini ialah,rakyat memilih siapa pemimpin mereka untuk menerajui kerajaan.Sistem pemilihan ini pula dilakukan berdasarkan pengutan suara, yang kebiasaannya dilakukan melalui MENGUNDI.
Ciri-ciri Demokrasi
Demokrasi adalah sebuah proses pemilihan yang melibatkan ramai orang iaini rakyat, dengan tujuan memilih seorang calon yang bakal memimpin dan mengurus mereka.Umumnya rakyat akan memilih calon yang mampu membawa perubahan dan mampu mengurus negara dengan mantap dan baik.Sebaliknya,calon-calon yang tidak berdidikasi,pentingkan diri sendiri dan tidak pandai mengurus kepimpinan,akan ditolak oleh rakyat. Inilah ciri-ciri yang ada dalam Sistem Demokrasi yang sentiasa menyalurkan pelbagai saluran seperti,pemilihan umum,meminta pandangan rakyat,mengutamakan suara majoriti,mempelbagaikan parti politik agar berlaku kesimbangan, KEBEBASAN MEDIA,KEBEBASAN MENGELUARKAN PANDANGAN, dan KEUTUHAN SISTEM PENGADILAN.
Dalam sebuah hadith yang direkodkan oleh Imam Muslim,bahawa Nabi Muhammad saw berkata, “Sebaik-baik para pemimpin kalian adalah pemimpin yang disayangi dan didoakan oleh kalian,dan pemimpin itu juga menyayangi dan mendoakan kalian.Manakala seburuk-buruk pemimpin adalah,pemimpin yang kalian kutuk dan benci dan mereka pula mengutuk dan membenci kalian.”
Demokrasi sejajar dengan Islam
Sebenarnya kita sudah lama dengan sistem ini,cumanya kita tidak perasaan bila dan bagaimana sistem ini kita lakukan dalam kehidupan.Lihat sahaja dalam pemilihan imam dalam solat,makmum diberikan kuasa untuk memilih imam dikalangan mereka.Hanya selepas mendapat persetujuan diatas pemilihan dikalangan makmum,barulah seseorang itu boleh menjadi imam.Dikhabarkan bahawa Nabi Muhammad saw berkata, “Tiga golongan akan mendapat siraman kasturi pada hari kiamat adalah;Hamba yang memenuhi hak Allah dan hak tuannya,lelaki yang mengimami satu kaum dan kaum tersebut MERELAKAN dia menjadi imam,dan seorang lelaki yang mengajak untuk solat lima waktu setiap hari.” (HR Tirmidzi seperti yang tercatat dalam Kitab Nailul Authar karangan Imam Syaukani, dalam bab Memilih dan sifat Imam)
Jika dalam soal siapa imam juga dilaksanakan melalui pemilihan secara demokrasi,inikan pula dalam urusan politik yang bakal menentukan nasib rakyat dan negara.Oleh sebab itu,saya mengutuk sikap sesetengah insan yang sering kali berteriak seperti orang gila mengatakan sisitem Demokrasi adalah kufur dan sesat.Seperti kata al-Imam Yusuf al-Qardhawi, “sangat menghairankan ada sebahagian manusia yang menghukum Demokrasi sebagai kufur yang jelas dan pasti.Padahal dia belum tahu secara tepat apa itu Demokrasi, belum mendalami apa erti sebenar Demokrasi dan isi-isinya.Barangsiapa yang menetapkan hukum tentang sesuatu padahal dia tidak mengetahuinya secara pasti,maka pandangannya itu cacat dan batil walaupun secara kebetulan pandangan dia itu benar.” (Yusuf al-Qardhawi,Feqh Daulah)
Al-Imam menambah lagi, “Orang muslim yang mengajak kepada sistem Demokrasi,dengan pertimbangan bahawa Demokrasi itu adalah sebuah penetapan hukum yang menyatukan dengan prinsip-prinsip politik Islam dalam memilih seorang pemimpin dan menetapkan syura,melaksanakan amar ma’ruf nahi munkar,melawan kebejatan,menolak kederhakaan terutama jika kederhakaan itu menjurus kepada kufur yang jelas berdasarkan bukti keterangan dari Allah.Diantara bukti yang mengukuhkan hal ini adalah,dalam teks undang-undang ada yang menyatakan: “Agama Negara adalah Islam dan syariat Islam menjadi rujukan undang-undang.” Ini menguatkan bahawa kedaulatan Allah dalam menetapkan hukum dan kedaulatan syariat-Nya.Oleh itu,ajakan untuk kepada sistem Demokrasi tidak boleh dianggap sebagai kufur,kerana selagi tidak ada penetangan dengan syariat maka ia dibolehkan.”
Jangan pilih pemimpin yang zalim
Islam menyerang dan menolak kepimpinan yang autokratik dan zalim.Pemimpin yang tidak dapat menerima pandangan dan kritikan adalah pemimpin yang tidak layak diangkat sebagai calon pada pemiliahan raya akan datang.Berdasarkan sebuah hadith dikhabarkan bahawa Nabi Muhammad mengambarkan pemimpin yang sebegini sebagai kera yang melompat.(HR Thabrani,lihat juga dalam Sahihul Jami’ as-Soghir)
Islam juga menolak dan menyanggah rakyat yang memilih dan mendokong pemimpin yang zalim dan dikenali dengan kejahatannya dan penentangannya terhadap Allah dan Rasul. Allah telah mengkisahkan bagaimana DIA telah menghancurkan kaum Ad yang menuruti perintah penguasanya yang menentang Allah dan Rasul. Kata Allah, “Dan itulah (kisah) kaum 'Ad yang mengingkari tanda-tanda kekuasaan Tuhan mereka, dan mendurhakai rasul-rasul Allah dan mereka menuruti perintah semua penguasa yang sewenang-wenang lagi menentang (kebenaran).”
Tambahan lagi,Nabi Muhammad juga ada memperincikan dalam sebuah magnum opus Imam Ahmad,bahawa baginda tidak mengakui sebagai umatnya sesiapa yang mendokong dan membenarkan kezaliman yang dilakukan para pemimpin.Amaran keras ini bukan satu bentuk mainan atau gurauan dari Nabi Muhammad,tapi sebuah pandangan dan perintah untuk umatnya agar tidak tergelincir dari mainan dan tipu daya pemimpin yang zalim.
Ketelusan dan keadilan
Saya sendiri berharap agar demokrasi di Malaysia lebih telus dan adil.Saya sendiri telah jelek dan menyampah dengan ketidakadilan yang berlaku dalam sistem peliharanraya kita sejak dahulu lagi.Baru- baru ini kita dikejutkan dengan pilih kasih SPR terhadap pemimpin yang tidak mendatangani borang pencalonan.Bukan setakat itu,ketidakbebasan media dan ketidakadilan dalam berkempen juga adalah fonemena yang tidak sihat berlaku di negara kita.Saya cemburu dan kagum dengan Demokrasi negara AS dan UK yang sering kita cemuhkan sebagai negara Kufar.Namun,sekafir-kafir mereka,mereka telus dan adil dalam pilihan raya dan benar-benar membawa rakyat berfikir dan menilai kebolehan mereka dalam memimpin tampuk pemerintahan.Teruja dengan debat umum di televisyen antara Senator Barrack Obama dan Senator Hillary Clinton,serta kagum dengan kebolehan mereka dalam mengutarakan idea dan perancangan untuk AS.Bilakah negara Malaysia boleh setelus dan seadil negara Kufar itu?
Akhir kata,saya adalah insan-insan yang mengharapkan demokrasi di Malaysia dapat mewujudkan sebuah kehidupan yang terhormat,dapat menyeru Allah dan kepada Islam yang kita imani tanpa harus menyeret kita ke lembah kehinaan.Disamping,rakyat dapat kehidupan aman,harmoni, bebas, memperoleh hak-hak yang seharusnya dan sentiasa berada dalam berkasih-sayang.
Untuk menutup artikel ini,saya bawakan sifat dan pidato dari pemimpin yang agung untuk tatapan para pemimpin yang bakal dipilih nanti.
1. Khalifah pertama iaitu Abu Bakar berkata ketika dipilih sebagai pemimpin, “Wahai semua manusia,sesungguhnya aku telah diangkat menjadi pemimpin kalian,tetapi aku bukanlah orang terbaik dikalangan kalian.Jika kalian melihat aku berada diatas kebenaran,dan jika kalian melihat aku berada dalam kebatilan,maka luruskanlah aku.Taatlah kepadaku selagi aku takut pada Allah ditengah kalian,dan jika aku derhaka kepada Allah,maka tidak ada kewajiban bagi kalian untuk mentaatiku.” 2. Khalifah kedua pula iaitu Umar al-Khatab berkata, “Semoga Allah merahmati seseorang yang menunjukkan kekurangan diriku kepadaku.” 3. Khalifah keempat iaitu Saidina Ali bin Abi Thalib pernah berkata, “Engkau benar dan aku salah” ketika ada seseorang yang menyanggah perkataan beliau.
Firman Allah ini ditujukan kepada rakyat yang memilih pada pilihanraya tahun ini.
“kepada Fir'aun dan pemimpin-pemimpin kaumnya, tetapi mereka mengikut perintah Fir'aun, padahal perintah Fir'aun sekali-kali bukanlah (perintah) yang benar. Ia berjalan di muka kaumnya di hari kiamat lalu memasukkan mereka ke dalam neraka. Neraka itu seburuk-buruk tempat yang didatangi.”
Bloggers are liable for defamation — just as in other forms of communication, lawyers and other experts said
Pelbagai pihak berpendapat tindakan undang-undang terhadap pengendali laman forum atau blog di internet, tidak akan menjejaskan hak kebebasan bersuara atau bermaklumat di negara ini.Mereka berpendapat, tindakan itu malah dapat membantu memastikan pengendali laman forum atau blog supaya lebih bertanggungjawab terhadap kandungan bahan yang disiarkan bagi mengelak sebarang implikasi negatif.Ia berikutan tindakan pengendali blog yang menyebarkan fitnah tanpa bukti kukuh boleh memberi implikasi negatif besar bukan saja kepada individu atau sesebuah organisasi, tetapi juga negara.
Presiden Majlis Peguam Malaysia, Yeo Yang Poh, berkata sebarang bentuk sebaran fitnah sama ada dari segi percakapan atau penulisan boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Hasutan.Beliau berkata, mangsa yang difitnah sendiri perlu membuktikan bahawa sebaran terbabit mempunyai unsur fitnah sebelum proses pendakwaan di mahkamah boleh dibuat.Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Zainul Rijal Abu Bakar, berkata tindakan undang-undang terhadap pengendali laman forum atau blog boleh dibuat kerana kebebasan bersuara bukan sesuatu yang mutlak dan perlu mempunyai had.“Jika kebebasan bersuara sehingga menafikan hak orang lain, itu tidak betul dan dalam Islam sendiri, kesalahan memfitnah itu adalah lebih berat daripada membunuh,” katanya.
Kelmarin, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata pemilik laman forum atau blog tidak bebas daripada dikenakan tindakan undang-undang serta harus bertanggungjawab terhadap apa yang mereka lakukan.Perdana Menteri berkata, walaupun kerajaan berpegang kepada dasar tidak menapis kandungan di internet, pengendali blog harus memahami ada undang-undang fitnah dan hasutan yang boleh dikuatkuasakan.“Mereka tidak boleh menyembunyikan diri atau mengambil kesempatan melakukan sesuatu melanggar undang-undang. Mereka harus tahu dan tidak boleh melindungi serta berharap dilindungi dengan perlindungan tertentu.Abdullah berkata, media sama ada cetak, elektronik dan internet termasuk pemilik laman blog mempunyai tanggungjawab dan beliau tidak mahu wujud kebebasan tanpa tanggungjawab kerana ia akan membawa kehancuran.
Perdana Menteri berkata demikian mengulas tindakan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) dan pegawai kanannya memfailkan saman fitnah terhadap Ahirudin Attan dan Ooi Chuan Aun berhubung beberapa artikel dalam laman blog mereka.NSTP dan plaintif lain – Timbalan Pengerusinya, Datuk Kalimullah Hassan; Ketua Eksekutif, Datuk Syed Faisal Albar; Ketua Pengarang Kumpulan, Datuk Hishamuddin Aun dan bekas Pengarang Kumpulan New Straits Times (NST), Brendan Pereira, memfailkan saman itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, 4 Januari lalu.Mengikut laporan akhbar, kedua-dua saman fitnah itu dikemukakan berhubung beberapa artikel dan komen yang disiarkan atau dibenarkan untuk disiarkan oleh Ahirudin dan Ooi dalam laman blog masing-masing.
Sementara itu, seorang peguam, Hasnal Rezua Merican berkata, pengendali blog tidak boleh berpendirian bahawa mereka beroperasi dengan mendapat kebebasan mutlak tanpa mengendahkan undang-undang negara.
“Ia sama dengan penulis buku yang masih tertakluk kepada Akta Fitnah. Ini tidak bermakna, kalau disaman kerana melanggar undang-undang mreka boleh mempertikaikan kononnya ia melanggar hak kebebasan bersuara,” katanya.
Beliau berkata, kalau pengendali blog meminta imuniti seperti itu atas nama kebebasan besuara,ia boleh menyebabkan penyebaran fitnah berleluasa seterusnya mencetus pelbagai masalah. Oleh yang demikian kepada semua blogger, diharap anda semua sentiasa berhati-hati dalam membuat sesuatu artikel sekian.
Name: Mr Mohd Helmi Home: Jawi, Penang, Malaysia About Me: åkµ Ðåh †µå..†åkkåñ ¢ï†êr þå§ål ðrg †µå² þµñ kðråñg ñåk †åhµ..hêhêhê "IT'S NOT HOW MANY TIMES YOU FALL DOWN.. IT'S HOW MANY TIMES YOU GET UP FROM YOUR FALL THAT MATTERS" while can learn,we learn,wait already old whatever unable,gather all certificate,so do not ask me,why over the hill even not yet finished studying more,wait when I already receive what I want n then I work hehe .. no-i clever like other,that is why I need to learn a lot and I'm not a perfect person See my complete profile