"Ini adalah maklumat yang saya baru terima daripada seorang rakan, hasil siasatan rambang di lawan web semakan daftar pemilih SPR di http://daftarj.spr.gov.my/daftar.asp.
Saya mendapati terdapat sekurang-kurangnya 11 orang penduduk di Selangor yang berumur 120 tahun dan ke atas layak mengundi! Dalam Guinness World Records pun hanya ada dua orang sahaja dalam kalangan top 10 manusia tertua di dunia berumur 120 tahun ke atas. Tetapi, di Selangor ada 11 orang! (Itu pun hasil siasatan rambang, bermakna kemungkinan terdapat lebih ramai). Buktinya layarilah lawan web http://daftarj.spr.gov.my/daftar.asp dan masukkan nombor ic ini. 801018775059 800311086231 811028045577 830416610017 841207065917 851222740019 850513106435 851117106729 850802106378 850916086838 860320145365. Tiada masalahnya kalau mereka ini masih betul-betul hidup. Tetapi, bagaimana kalau mereka sudah lama mati?! Pertama kali melihat senarai tersebut, saya menyangka semua calon ini hanya calon remaja biasa kerana saya menyangka angka 85 di hadapan kad pengenalan mereka bermaksud mereka lahir pada tahun 1985. Tetapi, setelah menyemak senarai itu di laman web SPR, sebenarnya mereka lahir pada tahun 1885!! Kepada mereka yang berkenaan, silalah laporkan perkara ini kepada mereka yang berkuasa atau 'forward'kan e-mel ini kepada mereka kerana saya tidak mempunyai akses, terima kasih. |