
Majoriti anggota UNHRC lulus ketetapan kutuk pihak peralat media BaratGENEVA: Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) meluluskan satu ketetapan mengutuk tindakan segelintir pihak memperalatkan media bagi menghina Islam. Ketetapan itu disokong 21 daripada 47 negara anggota manakala 14 negara berkecuali dan 10 lain membantah.
Agensi PBB itu dikuasai negara Arab dan Muslim yang memberi sokongan penuh di atas ketetapan itu manakala negara lain seperti Eropah dan Kanada, membantahnya. "Majlis ini mengecam penggunaan media yang dijadikan alat mencetuskan keganasan, rasa takut dan benci serta kekejaman lain ke atas Islam," kata kenyataan itu. Dokumen berkenaan dikemukakan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) yang bimbang terhadap sebarang tindakan mengaitkan Islam dengan keganasan, kekejaman dan pencabulan hak asasi manusia.
Ketetapan itu menggesa anggota Majlis berkenaan supaya menerima pakai undang-undang yang melindungi hak keagamaan bagi menentang sebarang penghinaan. "Kami juga menggesa negara anggota mengambil tindakan sewajarnya bagi mengelak penularan persepsi negatif atau penyebaran bahan yang boleh mencetuskan jenayah benci.
Satu kajian Britain baru-baru ini pula menuduh industri media dan perfileman membangkitkan sentimen Islamophobia dan prejudis dengan memburuk-burukkan Muslim dan warga Arab sebagai kejam, bahaya dan satu ancaman kepada orang lain. Pelbagai pihak termasuk ahli akademik terkenal Amerika Syarikat, Stephen Schwartz juga mengutuk media barat kerana gagal menepati laporan ke atas Islam yang adil selepas kejadian 11 September 2001.
Presiden pergerakan Yahudi terbesar Amerika, Eric Yoffie juga menuduh media dan ahli politik Amerika sengaja memaparkan Muslim sebagai kejam. Pendirian UNHRC dibuat di tengah-tengah kontroversi penyiaran filem pendek Belanda bertajuk Fitna yang menghina kitab suci al-Quran.
Awal bulan ini, rangkaian televisyen swasta dan awam Belanda memutuskan enggan memaparkan filem hasil arahan ahli perundangan negara itu, Geert Wilders, yang terpaksa menggunakan internet sebagai media memaparkan filemnya itu, kelmarin.
Wakil Kesatuan Eropah di UNHRC yang juga duta Slovenia, Andrej Logar berkata ketetapan itu bertujuan membangkitkan kesan buruk kempen jahat yang menghina agama dan etnik penduduk minoriti Muslim, khususnya selepas kejadian 9/11.
- Agensi
____________________________________________________________________
Oleh yang demikian,marilah kita sama-sama memboikot segala jenis barangan yang dikeluarkan oleh Belanda.
1. Dutch Lady - Susu 2. Ferrero Roche - Coklat 3. Wall’s - Ais Krim 4. Ing -Insurans 5. Planta -Magerin 6. Lady’s Choice -Magerin 7. Lipton -Teh 8. Shell -Minyak 9. Knorr -Perisa Makanan 10. Dove -Mandian 11. Sunlight -Magerin/Pencuci Pinggan 12. Radiant -Deodoran 13. Rexona -Deodoran 14. Ponds -Produk Kecantikan 15. Kieldsens -Coklat 16. Slimfast -Produk Pelangsing 17. Lego -Kismis 18. Philips -Barangan Elektrik 19. Duyvis -Makanan Ringan 20. Gouda -Keju 21. Robin -Pencuci Lantai/Pakaian 22. Ariel -Pencuci Lantai/Pakaian 23. Omo -Pencuci Lantai/Pakaian 24. Labello -Lip Balm 25. Pickwick -Teh 26. Venz -Mentega Coklat 27. Kinder Bueno -Coklat 28. Unilever -Syarikat 29. - 30. - 31. Sunsilk -Shampoo 32. Fair & Lovely -Produk Kecantikan 33. Lux -Mandian 34. Vaseline -Lip Balm 35. Cif -Pencuci Lantai 36. Surf -Pencuci Kain 37. Wishbone -Pencuci Kain 38. Doriana - Keju Krim 39. Bertolli -Minyak Masak 40. Clear -Shampoo 41. Breeze -Pencuci Kain 42. Sun -Pencuci Kain
Produk Dumex dan Nutricia telah digugurkan dari senarai di atas kerana pihak pengurusan NUMICO DUMEX (MALAYSIA) SDN BHD telah menghubungi pengurusan tertinggi PPIM dan mengesahkan syarikat mereka telah diambil alih oleh Danone Group sejak akhir 2007 dan menggunakan nama Danone Dumex yang berasal dari Perancis.-admin PPIM-
Tambahan:
1. Restoran Windmill 2. Barangan keluaran syarikat yang mempnyai nama 'N.V.' dan ;B.V.' 3. Barangan penajaan Christian Albers 4. Produk2 tenusu spt mentega dan keju - sila rujuk syarikat dengan no. 2
|